Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

4 Mar 2013

5
suara rakyat

Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac



Bismi Allah.

Click to join ---> Happy Birthday Si Gule :)



Special for, Cik Gule.



English Version
“Since today is the day you were born, it is a truly precious day for me.
Alhamdulillah, Thank you for being born, I hope you born for me. For our happiness, insyaAllah” - Mr Ejulz



Malay Version
"Sejak hari ini adalah hari awak dilahirkan, ia adalah hari yang benar-benar berharga bagi saya.Alhamdulillah, terima kasih kerana dilahirkan, saya berharap awak dilahirkan untuk saya. Untuk kebahagiaan kita " - Mr Ejulz



This is for you..





Has joined, 


1 Mar 2013

4
suara rakyat

Tazkirah.






"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka, akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
~Imam Hassan Al-Basri~

#AVerseADay
3
suara rakyat

Sehari Bersama Jumaat :)


Bismi Allah, Salam Jumaat! 
Baiklah, chapter review harini adalah perkara Sunat yang kita buat pada hari Jumaat.
Pada hakikatnya, tak mungkin kita akan buat semua ni pada hari Jumaat, kan ?
Tapi,


Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis di mana Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Tidak ada sesuatu yang paling Aku sukai yang dikerjakan oleh hamba- hambaKu untuk mendekatkan dirinya kepada-Ku selain melakukan yang fardu, dan mereka sentiasa mengerjakan yang sunat sehingga Aku mencintainya."- Hadis Riwayat al-Bukhari.


Nampak ? Kalau mahukan yang terbaik, lengkap dengan fasiliti yang paling hebat milik tetamu kenamaan istimewa (VIP), kita harus jadikan diri kita untuk layak mendapatkannya.

Jom survey apa menu sedap untuk dapat free untuk hari Jumaat ni !




Kadang aku sedar aku tergolong dalam Golongan Mentaliti Bawahan - golongan malas gunakan otak untuk berfikir, tapi ikut jiwa muda dan nafsu, sape taknak buat baik dan dapat pahala kan ? Moga kita sama- sama aplikasikan bonus ni dengan cerdik. 

Fight for Sunnah, Fight for Allah !






27 Feb 2013

17
suara rakyat

Macaroon |non secret recipe|





Eh hai ! Harini, saya nak share something ! Setelah sepurnama saya menyimpan hasrat untuk buat macaroon hasil air tangan sendiri, akhirnya menjadi. Hulamak, it was so amazing ! 

Meh nak habaq mai, macaroon ni membawa maksud 
biskut atau kuih daripada biji badam yang ditumbuk atau digiling.
Dalam bahasa Perancis ianya disebut
"crush or beat" (rangup dan kenyal). Bila dah di Malaysiakan jadi la "Macaroon" menggunakan bahan yang berasaskan gula, putih telur dan serbuk badam, berbentuk bulat dan berwarna-warni. Macaroon ni jugak telah menjadi kegilaan ramai kerana fizikalnya yang menggiurkan dan ianya sangat comel seperti saya ! Ya, itulah dia 
Haha.
Okay ar. kembali serius. 
Meh dengar semua. Mari dekat, mari dekat. Duduk bersila rapat- rapat.
Taraaa............ Inilah macaroon yang saya maksudkan!


Alhamdulillah, senang je buat ni. Nak kan ? Buat sendiri ar baru best. Okay, let's start now !
*Basuh tangan dulu.





The Adorable Macaroon 




Bismi Allah...

Bahan- bahan :
80g putih telur - anggaran 2 biji 
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
serbuk pewarna

Baking paper atau kertas minyak
Ganache, jem atau nutella (untuk filling)







Cara- cara :


 Satukan serbuk almond dan gula icing. Ayak, kemudian ketepikan.





 Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan, gebu dan
sedikit berkilat. Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh.
**Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.

 Masukkan 1/4 daripada serbuk almond + gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sikit- sikit dan gaulkan sempurna.
Then, letak serbuk pewarna. Bahagikan 2 warna je, sebab adunan sikit.





 Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.


 Picitkan atas kertas minyak atau baking paper yang kita dah alas atas tray. Buat sampai habis, best kan ? hehe
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macaroons untuk avoid permukaan macarons jd berlubang bila nak bakar nanti.


 Biar macaroons lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan macaroons kering betul-betul means bila kita sentuh permukaan macaroons tak melekat kat tangan.

 Sebelum bakar, pre-heat oven 140ºC selama 10 minit.
Oven takleh panas sangat sebab nanti macaroons pecah atau retak.

 Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit. Setelah masak, letakkan macaroons bersama kertas minyak dan biarkan ia sejuk.



 Bila macaroons dah sejuk, angkat dari kertas minyak tadi dan letak filling atau ganache apape atas die. Saya guna nutella, well chocolate sape tak cair beb!



Siap ! 

Ni macaroons orang professional yang buat. Bukan saya.


Best of luck !