Batalion
9 Mar 2013
7
suara rakyat
suara rakyat
Hanyut
Berkurun terukir sejarah alpa,
saya dihanyut indah yang fana,
saya terlupa pada fitrah wujudnya,
saya hanya ditaraf hamba.
Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
saya rebut fatamorgana.
Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa saya masih kehilangan.
Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.
8 Mar 2013
2
suara rakyat
Bismi Allah,
Salam Jumaat, Salam buat Lahad Datu, Salam buat Gaza, Salam buat Malaysia, Salam buat semua, dan Salam buat Wanita^^
Buka Hati, Audit Minda
Spesifikasinya, hebat wanita adalah kerana :
suara rakyat
Apa hebat Wanita Hahh ?
Bismi Allah,
Salam Jumaat, Salam buat Lahad Datu, Salam buat Gaza, Salam buat Malaysia, Salam buat semua, dan Salam buat Wanita^^
Selamat Hari Wanita Sedunia
Buka Hati, Audit Minda
Spesifikasinya, hebat wanita adalah kerana :
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.*Thanks, abah :)
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
![]() |
| In fact, setiap lelaki adalah Qawama buat wanita. Qawama. Pelindung. Protector. Our other half. Every lady's personal version of knight in shining armor. Verse 34 Surah An-Nisa. Cekidaut. |
Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti berdiri di belakangnya seorang wanita.
6 Mar 2013
4
suara rakyat
Let us take to heart,
bacaan doa sujud - bukan sekadar lafaz..
suara rakyat
Bukan Sekadar Lafaz
Bismi Allah..
Kadang kita taktahu
Kadang kita taktahu
kadang kita rasa tak perlu.
Doa sujud yang kita baca laju- laju
Punya maksud yg amat perlu kita tahu.
Rabbighfirlii - Tuhanku, ampuni aku
Warhamnii - Sayangi aku
Wajburnii - Tutuplah aibku
Warfa'nii - Angkatlah darjatku
Warzuqnii - Berilah aku rezeki
Wahdinii - Berilah aku petunjuk
Wa'afanii - Sihatkan aku
Wa'fuanni - Maafkan aku
Let us take to heart,
bacaan doa sujud - bukan sekadar lafaz..





