Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

29 Nov 2012

0
suara rakyat

Koherensi Kehidupan



Anak kecil menggalas aspirasi, Free My Palestine.

Anak Palestin gugur syahid, anak Melayu gugur janin.
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga, anak Melayu hilang dara sebelum berkeluarga.
Anak Palestin maut ditembak zionis semasa jihad, anak melayu maut ditembok besi semasa rempit.
Anak Palestin menangis kerana diragut harta, anak Melayu menangis kerana teman lelaki atau wanita diragut orang lain.

Anak Watan Palestin
Anak Watan Melayu

 Maafkan aku, Ya Allah :'|

11 Nov 2012

0
suara rakyat

Langkah Kecil untuk Ingat Allah ☺

Selami hati, kehadiran Allah itu pasti !



Berzikir
Time nak turun atau naik tangga, berzikirlah dengan zikir-zikir yang biasa  didengar bagi setiap step kaki kita pijak anak tangga. Bayangkan weh, kite naik tangga tingkat 4, setiap tingkat ade 30 anak tangga, berapa banyak zikir yang boleh kie dapat dah ? hah hah ?

Baca Surah Lazim
Hah, sementara nak tunggu pesanan Zinger Double Down ataupun Honeydew Coolblog, bacalah surah lazim yang mudah dan senang dihafal macam Al- Fatihah. At least, kite dapat sedekahkan untuk orang yang dah takde and manelah tahu, order boleh cepat siap !

Kalimah- kalimah Indah yang Menggambarkan Kebesaran Allah
Contoh paling senang, kreatifkan diri dalam mengirim SMS untuk insan rapat dan disayangi.
Misalnya,
Zikir Amsyar : Assalamualaikum, saya dengar awak demam. Cemane keadaan awak sekarang ? Oh ye, mama saya kirimkan salam Assalamualaikum untuk awak.
Haura' Aniqah : Walaikumussalam untuk awak dan mama awak. Alhamdulillah, syukur saya masih hidup dan dapat mengirimkan SMS ini. Terima kasih Allah

Dekatkan si Penerima Hadiah dengan Allah
Hadiah tak semestinya alQuran, sejadah ataupun buku- buku agama, tapi boleh je barang- barang lain macam kain atau pakaian. Selitkan nota ringkas seperti :
"Tiada apa yg hendak diberi dan tiada yg mahal- mahal. Cuma kain ini sebagai lambang Allah melindungi awak. Lantas, lindungilah diri awak jugak dengan menjaga aurat dengan sempurna" - Panglima Addin Penakluk Kalbu ❤

Teka teki yang mengajak Memgingati Allah
Popularkan teka- teki yang boleh ajak supaya ingat Allah walaupun teka- teki tuu mengundang senyum tawa dan kehairanan orang. Tamsilnya :
  • Hah, weh. Ape perkara yang Allah tak boleh nak buat?
  • Weh weh, siang bertukar malam. Hah, tahu tak sape yang mengaturnya ?
  • Cuba kau tengok langit. Luas terbentang kan ? Aku tanye kau, mana tegak tiang sampai langit tuu takpernah pernah jatuh ?
  • Bila ikan tidur hah korang ?
Jamu Tetamu
Time tetamu datang rumah, jamulah dengan something hidangan yang buatkan tetamu terfikir tentang zaman Islam. Contohnya, Biskut Kurma Ajwa, Air Sirap Bandung Zamzam, Jus Kismis Madinah and apape menu lain yang boleh kita asimilasikan dengan agama.

Kreatif dalam Penggunaan Ayat
Selitkan unsur agama dan dakwah dalam pekara biasa, contoh :
  • "Kita nak berangkat ke Kedah, yang jaraknya lebih daripada dua marhalah, so bolehlah kit berniat untuk solat jamak sekarang"- Abah :")
  • "Hensem amat lelaki tuu, ramai betul orang terpegun weh. Hem, cemanelah agaknya wajah Nabi Yusuf kan ?" - Angah
  • "Angah, tadi kat zoo baaaanyak gajah ! Teringat kat kisah tentera bergajah yang Angah pernah cerita" - Adik Hazim  。◕‿◕。
  • "Duit anak- anak kita kighim tiap bulan, kita kumpui nak bang ? Untung- untung dapat pi umrah" - Mama ✿
  • "Weh Angah, bendera yang ada tulisan syahadah tu bendera Arab Saudi. Tahu kan ?" - Along Mirul ♛
Budaya saling Mendoakan
Wujudkan budaya ni seperti :
  • Sayang doakan abang dapat siapkan assignment malam ni tau.
  • Semoga persahabatan kita kekal dan sentiasa di bawah lembayung Mardhatillah.
  • Tolong doakan ibu saya, sekarang di ICU.
  • Saya perlukan doa dari awak.
Tapi ! Jangan salah guna kesucian kalimah Allah pada tempat yg tak sesuai sampai boleh jadi fitnah atau salah faham. Contohnya :
  • Alhamdulillah ya Allah.. Kerana kebesaranMu dan KekuasaanMu lah aku dapat salam dengan awek aku time dating tadi. * salam bukan muhrim kan dose, Bro -,-"
  • Mungkin Allah saje yang tahu.  * manede mungkin- mungkin. Allah memang tahu semuanye.

 "Usah bimbang, Allah melihat usaha kita. Usaha adalah ibadah, lebih baik daripada insan yang berputus asa, atau tiada langsung cita- cita untuk memajukan imannya" - HSH

A little change, can change a lot  ★


10 Nov 2012

0
suara rakyat

Perjuangan ❀◕ ‿ ◕❀

Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura- pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai ku bermadah pujangga

Jika ada benci di hati
Katakanlah padaku
Relaku terima walau kutukan
Asalkan akidah terjaga

Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan  dustur Ilahi
Hakikat hati tak terluka
Walau zahirnya ada yang ketawa

Tuhan ku mohon keampunan
Keterlanjuran yang berulang kali
Teman kita patrikan di sini
Berakhir sebuah lamunan duniawi
Terima syukur taufik Ilahi


Perjuangan- SPM, 05112012 hingga 06122012