Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

17 Dec 2012

1
suara rakyat

Rasailah Kebaikan Dalam Al-Quran!

Bismi Allah, Salam Alaykum!

Pheww~ Alhamdulillah.
Dapat lagi hidup harini.
Dapat lagi solat harini.
Dapat lagi pakai telekung harini.
Dapat lagi baca Al- Quran harini.




Secara puratanya kehidupan harian usna bukanlah bekerja atau ambik lesen ke ape ke. Maklumlah lepas SPM kan. Kadang- kadang, secara jujurnyelah, ade masa tu takpasti same ade tengah bosan atau tengah lapar -,-" haha. In fact, amatlah bosan bile kaki tak pijak sekolah ataupun asrama dah. Seriously, I miss my highschool......

Time duduk asrama, Alhamdulillah bijak jugaklah guna masa tu. Alhamdulillah dapat luang masa dengan kawan2 yang sekarang ni agak susah dah nak jumpe dorang. Huwaaaaaaa :"(
Dapat riadah same2. But, paling sweet bile fikir balik, "dapat lagi tak aku tekejar2 nak pegi surau besar nak solat jemaah berimamkan imam- imam muda Aspura seperti Mohamad Azirul Syafiq?" * hehe. tutup mulut, gelak jap.Tapi seriously, rindu sebenarnya nak berhalaqah and buat Cute Circle dengan Bidadari- bidadari Aspuri, sambil pegang and bace alQuran same same.

Ironi, secara lumrahnya, sejenak muhasabah diri beberapa minit, sebenarnya bila baca alQuran, kite semua yakni usna sendiri hanya baca ikut kebiasaan, hanya kerana ingin dapatkan ketenangan, hanya ingin dapat peluang dekat and dating dengan Allah. In fact, kite tak sedar ape ganjaran yang kite dapat bile bace Al- Quran. Ergh, maafkan usna ya Allah !


But now ! Alhamdulillah. I found it.
Found it via Indahnya Hidup Bersyariat :)
Here,

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.


1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya
- muttafaqqun ‘alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
- Riwayat Muslim


5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang
- Riwayat Tarmizi


6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya
- Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir telah berkata :
Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan ‘Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta
- Riwayat Muslim



Great, you found it Husna. 

Finally, Alhamdulillah :)
Moga takpernah lupa, sesungguhnya..




"Kata- kata Allah sentiasa berada dekat dengan kite. Al-Quran, hadiah dari Allah"



14 Dec 2012

0
suara rakyat

Lumrah, Orang Malaysia :)





Bila sedang belajar, satu prinsip nakal yang menari- nari di minda,





Ye, itulah kenyataannya -,-"
Tapi, ape yang pasti....





Haha. Tapi, tapi ! ape yang ditunggu, ialah..





Sebab, hari jumaat last sekolah dalam seminggu. Sabtu dah cuti wehh :")



Di samping itu juga, persoalan yang sering diajukan pada diri sendiri, ialah..






Inilah kenyataannya !
Kemudian, perkara yang menjadi lumrah lagi, adalah...


Lagi lagi ! Perkataan yang biasa diucapkan oleh Malaysian People, yang pastinya menjadi zikir di mulut Umat Manusia Malaysia, ialah...




Namun begitu, yang tak boleh diterima akal, meskipun benar di atas paksi hakikatnya, ialah..
Selain itu juga, hakikat kebenaran yang usna jugak tak dapat nafikan, bila bukak 4shared.com je...





See ? Korang pun kan ? tapi, ceminilah. Ape yang pasti, 


 
Haha :) 
Kini, bila usia makin menginjak dewasa, meninggalkan dunia kanak- kanak, doa yang sering dialunkan pada Allah...



Akhirul kalam, Moga Allah perkenankan segalanya !



                                                 

                                                                                                                       Pemilik nama unik, *hehe
                                                                                                                                 Husna Hamizan.


12 Dec 2012

2
suara rakyat

Ludahan Emosi






kadang-kadang
 dalam perjuangan
kita terlepas pandang
atau hilang haluan
bila kenyang dengan puas hati dan pujian
sedangkan
langkah hakikatnya masih berlegar di petak keliru
hanya kerana gelap mata oleh kelabu
segala usaha jadi debu.
hatta, orang ajak buat pahala
terlalu ego dengan perkataan "eleweh, belahlaa"
lumrah seorang Angah terserlah bila mama abah suruh je
jawapan "jap lah, lek je kot", hah bajet rasa anak manje
hakikatnya bila kecewa menjelma
dek kerana emosi sedang menggila
semua orang jadi mangsa
istighfar
istighfar
istighfar, HUSNA SYAFIQAH
(Peringatan untuk diri sendiri. Hah, hambek kau Husna !)



                                                                                                       
                                                                                                                                                     Spread love, Syafiqah


10 Dec 2012

2
suara rakyat

Biadab !


Mulutnya lancang, katanya tak bertapis, pandangannya liar dan perlakuannya hancur !

Pheww ~ Hah, Salam Alaykum :')

Ya ya ya ya. Frasa paling atas sesuai sangat untuk implimentasikan dan dinisbahkan kepada pemilik siakap biadap. Ya Allah, wey memang rase heaven plus amazing kalau dapat mencarut or biadap kat sape2 kan.Eleh takyah nafikan. Lumrah orang2 muda macam kite2 ni bile jadikan mencarut tu zikir di mulut.
BUT ! Bukak mata, lapang minda, audit diri. Heaven bile mencarut tuu kejap je abang, kakak, adik. Lepas ni, bile dah ter mencarut, tolonglah tutup mulut, cakap "upps, Sorry Allah :)"
Say Astaghfirullah, lagi senang.

Don't forget to say Astaghfirullah


BIADAP
Tanpa adab, tiada tertib tau awak. Seolah olah dikuasai syaitan, sifat biadap tu akan mudah membelenggu and menyelinap masuk dalam hati awak. Kawalan hati dan perlakuan biadap ni perlu awak iringkan dengan rasional akal agar takde perkara luar adab yang berlaku.

Okay, lumrah hidup seorang manusia merasai sikap biadap oleh orang lain. Macam usna, baru tadi -,-"
Ceminilah kan, bila terjadi sesuatu yg tak diingini kepada diri kite, bersabar dan bertahanlah weh. Risau pulak kalau2 berlaku perlakuan luar adab pulak.

Rasulullah SAW menasihatkan, maksudnya : " Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah dia diam " - Riwayat Ahmad

"Peh, biadap weh kate2 die !". Hati sape tak membara apabila ada yg memberi respons cemini kan. In fact, akan timbul rasa marah lalu terjadilah percakaran dan pertelagahan antara mereka.

Umat Manusia Lambang Perpaduan Sejagat,
Adakalanya diri kita umpama robot Transformers. Segala mikrocip dalam diri kita berfungsi sebagai controllernya yakni yang merangkap minda kita. Kawallah minda dengan meninggalkan sikap biadap, marah, bengis dan menzalimi orang lain.


Optimus Prime vs Megatron


Biiznillah, kelak sikap si Megatron yang biadap yakni si robot jahat dapat ditukar menjadi sikap si Optimus Prime, ya! si robot baik.

29 Nov 2012

0
suara rakyat

Koherensi Kehidupan



Anak kecil menggalas aspirasi, Free My Palestine.

Anak Palestin gugur syahid, anak Melayu gugur janin.
Anak Palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga, anak Melayu hilang dara sebelum berkeluarga.
Anak Palestin maut ditembak zionis semasa jihad, anak melayu maut ditembok besi semasa rempit.
Anak Palestin menangis kerana diragut harta, anak Melayu menangis kerana teman lelaki atau wanita diragut orang lain.

Anak Watan Palestin
Anak Watan Melayu

 Maafkan aku, Ya Allah :'|

11 Nov 2012

0
suara rakyat

Langkah Kecil untuk Ingat Allah ☺

Selami hati, kehadiran Allah itu pasti !



Berzikir
Time nak turun atau naik tangga, berzikirlah dengan zikir-zikir yang biasa  didengar bagi setiap step kaki kita pijak anak tangga. Bayangkan weh, kite naik tangga tingkat 4, setiap tingkat ade 30 anak tangga, berapa banyak zikir yang boleh kie dapat dah ? hah hah ?

Baca Surah Lazim
Hah, sementara nak tunggu pesanan Zinger Double Down ataupun Honeydew Coolblog, bacalah surah lazim yang mudah dan senang dihafal macam Al- Fatihah. At least, kite dapat sedekahkan untuk orang yang dah takde and manelah tahu, order boleh cepat siap !

Kalimah- kalimah Indah yang Menggambarkan Kebesaran Allah
Contoh paling senang, kreatifkan diri dalam mengirim SMS untuk insan rapat dan disayangi.
Misalnya,
Zikir Amsyar : Assalamualaikum, saya dengar awak demam. Cemane keadaan awak sekarang ? Oh ye, mama saya kirimkan salam Assalamualaikum untuk awak.
Haura' Aniqah : Walaikumussalam untuk awak dan mama awak. Alhamdulillah, syukur saya masih hidup dan dapat mengirimkan SMS ini. Terima kasih Allah

Dekatkan si Penerima Hadiah dengan Allah
Hadiah tak semestinya alQuran, sejadah ataupun buku- buku agama, tapi boleh je barang- barang lain macam kain atau pakaian. Selitkan nota ringkas seperti :
"Tiada apa yg hendak diberi dan tiada yg mahal- mahal. Cuma kain ini sebagai lambang Allah melindungi awak. Lantas, lindungilah diri awak jugak dengan menjaga aurat dengan sempurna" - Panglima Addin Penakluk Kalbu ❤

Teka teki yang mengajak Memgingati Allah
Popularkan teka- teki yang boleh ajak supaya ingat Allah walaupun teka- teki tuu mengundang senyum tawa dan kehairanan orang. Tamsilnya :
  • Hah, weh. Ape perkara yang Allah tak boleh nak buat?
  • Weh weh, siang bertukar malam. Hah, tahu tak sape yang mengaturnya ?
  • Cuba kau tengok langit. Luas terbentang kan ? Aku tanye kau, mana tegak tiang sampai langit tuu takpernah pernah jatuh ?
  • Bila ikan tidur hah korang ?
Jamu Tetamu
Time tetamu datang rumah, jamulah dengan something hidangan yang buatkan tetamu terfikir tentang zaman Islam. Contohnya, Biskut Kurma Ajwa, Air Sirap Bandung Zamzam, Jus Kismis Madinah and apape menu lain yang boleh kita asimilasikan dengan agama.

Kreatif dalam Penggunaan Ayat
Selitkan unsur agama dan dakwah dalam pekara biasa, contoh :
  • "Kita nak berangkat ke Kedah, yang jaraknya lebih daripada dua marhalah, so bolehlah kit berniat untuk solat jamak sekarang"- Abah :")
  • "Hensem amat lelaki tuu, ramai betul orang terpegun weh. Hem, cemanelah agaknya wajah Nabi Yusuf kan ?" - Angah
  • "Angah, tadi kat zoo baaaanyak gajah ! Teringat kat kisah tentera bergajah yang Angah pernah cerita" - Adik Hazim  。◕‿◕。
  • "Duit anak- anak kita kighim tiap bulan, kita kumpui nak bang ? Untung- untung dapat pi umrah" - Mama ✿
  • "Weh Angah, bendera yang ada tulisan syahadah tu bendera Arab Saudi. Tahu kan ?" - Along Mirul ♛
Budaya saling Mendoakan
Wujudkan budaya ni seperti :
  • Sayang doakan abang dapat siapkan assignment malam ni tau.
  • Semoga persahabatan kita kekal dan sentiasa di bawah lembayung Mardhatillah.
  • Tolong doakan ibu saya, sekarang di ICU.
  • Saya perlukan doa dari awak.
Tapi ! Jangan salah guna kesucian kalimah Allah pada tempat yg tak sesuai sampai boleh jadi fitnah atau salah faham. Contohnya :
  • Alhamdulillah ya Allah.. Kerana kebesaranMu dan KekuasaanMu lah aku dapat salam dengan awek aku time dating tadi. * salam bukan muhrim kan dose, Bro -,-"
  • Mungkin Allah saje yang tahu.  * manede mungkin- mungkin. Allah memang tahu semuanye.

 "Usah bimbang, Allah melihat usaha kita. Usaha adalah ibadah, lebih baik daripada insan yang berputus asa, atau tiada langsung cita- cita untuk memajukan imannya" - HSH

A little change, can change a lot  ★


10 Nov 2012

0
suara rakyat

Perjuangan ❀◕ ‿ ◕❀

Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura- pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai ku bermadah pujangga

Jika ada benci di hati
Katakanlah padaku
Relaku terima walau kutukan
Asalkan akidah terjaga

Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan  dustur Ilahi
Hakikat hati tak terluka
Walau zahirnya ada yang ketawa

Tuhan ku mohon keampunan
Keterlanjuran yang berulang kali
Teman kita patrikan di sini
Berakhir sebuah lamunan duniawi
Terima syukur taufik Ilahi


Perjuangan- SPM, 05112012 hingga 06122012

26 Oct 2012

0
suara rakyat

Peringatan.

Salam Jumaat, Salam Alaykum !

Pejam celik, kelip- kelip mata comel, haha :] tak lama lagi usna kena bertemu dengan SYED PUTERA MUZAMMEER, SPM. Tahun ni je usna jumpa dia ni, insyaAllah.Memang tak dapat nak salam, cium, peluk bagai dengan SPM ni, cuma hanyalah doa supaya SPM 2012 ni tak mengecewakan. You rock, SPM !

Hah, baru nak tersenyum dan angkat jari buat 'peace' tapi tetiba teringat pulak, bahawa Husna Syafiqah Hamizan yang tough ni ada perjanjian dgn Kerajaan Malaysia :") haha bunyi macam buat jenayah je -,-"
Ye PLKN yang hensem, usna tak lupe awaklah!

Ehem,Bila duduk sesorang sambil bermiat untuk muhasabah diri, teringat diri ni yang dah hirup udara dari langit lazuardi Allah selama 17++ tahun. *bajet macam dah lama je -,-"
Banyak benda yang dah lalui, ade sweet ade paheet. Tapi Alhamdulillah, diri ini masih hidup, masih mumaiyiz !

Memang diri ni, biasa. Takde ape yang menarik, takde benda yang nak dipaparkan di dalam Majalah Mangga apatah lagi dalam Majalah E-Pop.Cukuplah setiap hari usna dapat mecerminkan diri menggunakan cermin- cermin dalam Dorm 5, Haura' Aniqah, Asrama Puteri SMK Telok Panglima Garang. Bukan semata- mata untuk raba- raba muka atu tiup- tiup tudung supaya maintain ayu, haha,  tapi sebenarnya tujuan cermin tuu dicipta untuk lihat diri kita sendiri yakni, usna sendiri.Tapi, hakikat sebenarnya tak semua orang bila tengok cermin akan ingat pasal mati, akan kenang mengenai masa lalu, akan dapat ingat tentang amanah yang dipegang, akan dapat imbas kembali bahawa lidah dalam mulut masing- masing tajam atau tak malahan tak semua orang bila tengok cermin akan menghitung dan mengingati mengenai solatnya. Cukup atau tidak ? *usna sedang tepuk dada, dan tanya diri usna sendiri ni.



Setiap nafsi masing- masing berbeza. Kita mungkin sempurna wajah, anggota dan sebagainya. Tasdiknya, yang membezakan adalah amalan kite, kan ?
So, lepas ni kan, jom kite cuba praktikkan bile tengok cermin, kite ingat tentang perkara yang paling dekat, paling jauh, paling besar, paling berat, paling ringan, dan paling tajam. At least, ketika sedang lincah tangan kite membetulkan tudung depan cermin, membetulkan rambut after pakai wax Gatsby atau Brylcream ke, sekaligus kite dapat seimbangkan hal duniawi dan ukhrawi kite. Hah, kat sini jugak dapatlah kite praktikkan budaya Islam dan dapat Zikrullah dalam amalan seharian kite. InsyaAllah. Meh nak bisik, setiap amalan baik tu dapat pahala tau :")

Sesungguhnya,
"Yang paling dekat, mati.
Yang paling jauh, masa lalu.
Yang paling besar, nafsu.
Yang paling berat, memegang amanah.
Yang paling ringan, meninggalkan solat.
Yang paling tajam, lidah manusia."
- Imam al- Ghazali.


Rabbi laa tazarnii fardaa.
Tegur usna kalau tersalah. Wabillahitaufik walhidayah, jangan merempit, jangan buat jenayah !

15 Oct 2012

6
suara rakyat

Dengan Nama Allah - Langkah tercipta

Atas persetujuan kedua Abah dan Mama dan perkongsian kasih sayang antara mereka, hadirlah aku sebagai Husna Syafiqah Hamizan, HSH yang telah dilahirkan 17 tahun yang lalu.

 

Kini, aku mula menapak kecil dalam 
Gelanggang GoBlogspot. Tidaklah aku disini ingin bercakap panjang, lantas geli hati ini melihat jari jemari gedik- gedik menari di atas papan kekunci.

Moga permulaan ini menjadi sebuah karya yang boleh dikongsi bersama.InsyaAllah, sebuah karya yang boleh mentaqarrubkan dengan Sang Khaliqulbari, Allahu Rabbuna :")
Moga aku tidak dibiar keseorangan dalam bermujahadah.
Moga karya ini mendapat imbal balik yang positif.
Moga karya HSH melakar kebaikan, mencorak pelbagai rasa.
Inilah, Langkah Pertama, langkah yang telah tercipta.
*Berdiri, pandang langit, genggam tangan, bibir tersenyum, "Aku rancang bajet macam cute je, tapi aku tahu The Cute Planner  is Allah ! "






"Rabbi laa tazarnii fardaa - Ya tuhanku, janganlah Kau biarkan aku hidup seorang diri" - HSH