Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

26 Oct 2012

0
suara rakyat

Peringatan.

Salam Jumaat, Salam Alaykum !

Pejam celik, kelip- kelip mata comel, haha :] tak lama lagi usna kena bertemu dengan SYED PUTERA MUZAMMEER, SPM. Tahun ni je usna jumpa dia ni, insyaAllah.Memang tak dapat nak salam, cium, peluk bagai dengan SPM ni, cuma hanyalah doa supaya SPM 2012 ni tak mengecewakan. You rock, SPM !

Hah, baru nak tersenyum dan angkat jari buat 'peace' tapi tetiba teringat pulak, bahawa Husna Syafiqah Hamizan yang tough ni ada perjanjian dgn Kerajaan Malaysia :") haha bunyi macam buat jenayah je -,-"
Ye PLKN yang hensem, usna tak lupe awaklah!

Ehem,Bila duduk sesorang sambil bermiat untuk muhasabah diri, teringat diri ni yang dah hirup udara dari langit lazuardi Allah selama 17++ tahun. *bajet macam dah lama je -,-"
Banyak benda yang dah lalui, ade sweet ade paheet. Tapi Alhamdulillah, diri ini masih hidup, masih mumaiyiz !

Memang diri ni, biasa. Takde ape yang menarik, takde benda yang nak dipaparkan di dalam Majalah Mangga apatah lagi dalam Majalah E-Pop.Cukuplah setiap hari usna dapat mecerminkan diri menggunakan cermin- cermin dalam Dorm 5, Haura' Aniqah, Asrama Puteri SMK Telok Panglima Garang. Bukan semata- mata untuk raba- raba muka atu tiup- tiup tudung supaya maintain ayu, haha,  tapi sebenarnya tujuan cermin tuu dicipta untuk lihat diri kita sendiri yakni, usna sendiri.Tapi, hakikat sebenarnya tak semua orang bila tengok cermin akan ingat pasal mati, akan kenang mengenai masa lalu, akan dapat ingat tentang amanah yang dipegang, akan dapat imbas kembali bahawa lidah dalam mulut masing- masing tajam atau tak malahan tak semua orang bila tengok cermin akan menghitung dan mengingati mengenai solatnya. Cukup atau tidak ? *usna sedang tepuk dada, dan tanya diri usna sendiri ni.



Setiap nafsi masing- masing berbeza. Kita mungkin sempurna wajah, anggota dan sebagainya. Tasdiknya, yang membezakan adalah amalan kite, kan ?
So, lepas ni kan, jom kite cuba praktikkan bile tengok cermin, kite ingat tentang perkara yang paling dekat, paling jauh, paling besar, paling berat, paling ringan, dan paling tajam. At least, ketika sedang lincah tangan kite membetulkan tudung depan cermin, membetulkan rambut after pakai wax Gatsby atau Brylcream ke, sekaligus kite dapat seimbangkan hal duniawi dan ukhrawi kite. Hah, kat sini jugak dapatlah kite praktikkan budaya Islam dan dapat Zikrullah dalam amalan seharian kite. InsyaAllah. Meh nak bisik, setiap amalan baik tu dapat pahala tau :")

Sesungguhnya,
"Yang paling dekat, mati.
Yang paling jauh, masa lalu.
Yang paling besar, nafsu.
Yang paling berat, memegang amanah.
Yang paling ringan, meninggalkan solat.
Yang paling tajam, lidah manusia."
- Imam al- Ghazali.


Rabbi laa tazarnii fardaa.
Tegur usna kalau tersalah. Wabillahitaufik walhidayah, jangan merempit, jangan buat jenayah !

15 Oct 2012

6
suara rakyat

Dengan Nama Allah - Langkah tercipta

Atas persetujuan kedua Abah dan Mama dan perkongsian kasih sayang antara mereka, hadirlah aku sebagai Husna Syafiqah Hamizan, HSH yang telah dilahirkan 17 tahun yang lalu.

 

Kini, aku mula menapak kecil dalam 
Gelanggang GoBlogspot. Tidaklah aku disini ingin bercakap panjang, lantas geli hati ini melihat jari jemari gedik- gedik menari di atas papan kekunci.

Moga permulaan ini menjadi sebuah karya yang boleh dikongsi bersama.InsyaAllah, sebuah karya yang boleh mentaqarrubkan dengan Sang Khaliqulbari, Allahu Rabbuna :")
Moga aku tidak dibiar keseorangan dalam bermujahadah.
Moga karya ini mendapat imbal balik yang positif.
Moga karya HSH melakar kebaikan, mencorak pelbagai rasa.
Inilah, Langkah Pertama, langkah yang telah tercipta.
*Berdiri, pandang langit, genggam tangan, bibir tersenyum, "Aku rancang bajet macam cute je, tapi aku tahu The Cute Planner  is Allah ! "






"Rabbi laa tazarnii fardaa - Ya tuhanku, janganlah Kau biarkan aku hidup seorang diri" - HSH