Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

17 Dec 2012

1
suara rakyat

Rasailah Kebaikan Dalam Al-Quran!

Bismi Allah, Salam Alaykum!

Pheww~ Alhamdulillah.
Dapat lagi hidup harini.
Dapat lagi solat harini.
Dapat lagi pakai telekung harini.
Dapat lagi baca Al- Quran harini.




Secara puratanya kehidupan harian usna bukanlah bekerja atau ambik lesen ke ape ke. Maklumlah lepas SPM kan. Kadang- kadang, secara jujurnyelah, ade masa tu takpasti same ade tengah bosan atau tengah lapar -,-" haha. In fact, amatlah bosan bile kaki tak pijak sekolah ataupun asrama dah. Seriously, I miss my highschool......

Time duduk asrama, Alhamdulillah bijak jugaklah guna masa tu. Alhamdulillah dapat luang masa dengan kawan2 yang sekarang ni agak susah dah nak jumpe dorang. Huwaaaaaaa :"(
Dapat riadah same2. But, paling sweet bile fikir balik, "dapat lagi tak aku tekejar2 nak pegi surau besar nak solat jemaah berimamkan imam- imam muda Aspura seperti Mohamad Azirul Syafiq?" * hehe. tutup mulut, gelak jap.Tapi seriously, rindu sebenarnya nak berhalaqah and buat Cute Circle dengan Bidadari- bidadari Aspuri, sambil pegang and bace alQuran same same.

Ironi, secara lumrahnya, sejenak muhasabah diri beberapa minit, sebenarnya bila baca alQuran, kite semua yakni usna sendiri hanya baca ikut kebiasaan, hanya kerana ingin dapatkan ketenangan, hanya ingin dapat peluang dekat and dating dengan Allah. In fact, kite tak sedar ape ganjaran yang kite dapat bile bace Al- Quran. Ergh, maafkan usna ya Allah !


But now ! Alhamdulillah. I found it.
Found it via Indahnya Hidup Bersyariat :)
Here,

Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.


1. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya
- muttafaqqun ‘alaihi

2. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

3.Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).
- Sohih Bukhari dan muslim

4.Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya
- Riwayat Muslim


5. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang
- Riwayat Tarmizi


6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih

7. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya
- Riwayat Muslim

8. Daripada Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir telah berkata :
Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan ‘Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta
- Riwayat Muslim



Great, you found it Husna. 

Finally, Alhamdulillah :)
Moga takpernah lupa, sesungguhnya..




"Kata- kata Allah sentiasa berada dekat dengan kite. Al-Quran, hadiah dari Allah"



1 comment:

Anonymous said...

thanks untuk maklumat ni, awak.