Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

5 Jan 2013

6
suara rakyat

Kenapa Perlu Bernikah ?

Salam Alaykum !

Dah tonton Vlog Sudikah Awak ?
Now, Usna suggest, you must to watching this :)



Sengih.^^
"oh, bukan senang nak nikah ni rupanya..." - HSH
Alhamdulillah
Mesejnya sampai, penyampaian santai dan mudah difahami.
Benar apa yang diutarakan untuk sama-sama kita fikirkan dan amalkan dalam kehidupan kita. Persiapan, persediaan dan awal hasrat membina bahtera perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat-sangat penting bagi pasangan yang bakal berkahwin.
Justeru, kali ini suka Usna kongsikan berkaitan tujuan, matlamat dan mindsetting yang harus ada bagi semua manusia dalam melangkah ke fasa yang penting ini. *CEWAH BELAGAKNYE -.-"
Ehem !
Perkahwinan atau pernikahan bukan hanya bertujuan untuk menghalalkan hubungan antara lelaki antara perempuan semata-mata tetapi ada tujuan dan matlamatnya yang sifatnya jauh lebih mulia.
Berikut saya petik daripada sebuah kitab yang sangat bagus dijadikan rujukan oleh kita semua dalam memahami pembinaan rumah tangga dan proses pendidikan anak-anak, iaitu Prophetic Parenting, Cara Nabi Mendidik Anak ( Tajuk asal dalam bahasa Arab iaitu Manhaj at-Tarbiyah  an-Nabawiyyah lith Thifl)  tulisan Dr Muhammad Nur Abdul Hafuzh Suwaid.
3 yang utamanya ialah  :

(1) Perbanyakan Jumlah Ummat Islam dan beri kegembiraan kepada Rasulullah SAW
MasyaAllah.
Mulia tujuan ni. Hal ini dinyatakan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud :
“ Nikah adalah sunnahku. Maka barang siapa yang tidak mengamalkan sunnahku bererti dia bukan termasuk golonganku. Menikahlah kalian, kerana sesungguhnya aku berharap memiliki jumlah umat yang banyak melalui kalian di antara umat-umat lainya pada hari Kiamat kelak.”
Riwayat oleh Ibnu Majah daripada Aisyah RA.
Rasulullah SAW mempunyai hasrat dan cita-cita yang murni. Tidakkah kita mahu menjadi insan-insan yang akan merealisasikan hasrat murni baginda ini?
Terpancar cahaya kegembiraan di raut wajah baginda jika impian ini sama-sama kita bumikan.
Ayuh, bernikah dan banyakkan zuriat!

(2) Memelihara Dan Dekatkan diri kepada Allah SWT
Jika diajukan soalan kepada para hamba Allah yang bernikah pada awal usia yang selayaknya, "Ape best hah kawen awal ?"
Jawab mereka : “ Tenang dan semakin khusyuk solat!”
Alangkah mulianya manusia yang memelihara kehormatan dirinya dengan jalan-jalan yang suci dan murni. Pernikahan adalah suatu ibadah yang halal, suci dan bersih. Melaluinya, hati kita akan tenang, tenteram dan bahagia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Dan pada kemaluan salah seorang daripada kalian terdapat sedekah. Mereka bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimana boleh salah seorang kami memuaskan syahwatnya kemudian dia mendapat pahala?”
Baginda menjawab :
“ Tidakkah kalian melihat apabila dia menyalurkannya pada sesuatu yang haram bukahkah dia mendapat dosa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada sesuatu yang halal, dia akan mendapat pahala.”
Riwayat oleh Muslim, An-Nasai’ dan Ahmad.
Itulah kemanisan dan kenikmatan bahawa sesiapa yang memelihara kesucian diri dengan jalan yang jernih lagi halal.
Anda? Bila lagi?

(3) Membangunkan Generasi Muslim
Ya.
Membangunkan Sebuah Generasi.
Kita bernikah untuk membangun generasi. Satu generasi yang akan menegakkan dan mendaulatkan Islam. MasyaAllah, hebat hasrat, cita-cita dan impian ini.  Dalam berhubungan intim, seharusnya kita berniat untuk mendapatkan anak yang soleh.
Anak adalah anugerah, kurniaan dan pemberian Allah SWT. Dan yang lebih membahagiakan lagi jika dikurniakan anak yang soleh. Tugas dan amanah ibu bapa ialah mempersiapkan anak-anak menjadi calon Syurga Allah SWT.
Inilah tugas utama kita. Dan, hal ini harus menjadi agenda dalam membina rumah tangga.
Berkahwin atau bernikah bukannya satu amal yang kecil atau kerdil tetapi ia adalah amalan yang besar dan mempunyai impaknya kepada kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT.

 Bernikah, bersama, berjuang dan  berbahagia hingga ke Syurga.
Tekad bersama.
Alam rumah tangga dipenuh pelbagai warna-warni. Lantaran itu, jika tujuan dan matlamatnya bersih dan murni – insyaAllah ianya akan berada dalam naungan keberkatan Allah SWT. Kebersamaan, keselarasan dan kesefahaman antara kedua pasangan – suami isteri – sangat-sangat penting dalam menjayakan hasrat murni pernikahan Islami.
Justeru, bernikah bukan hanya gambaran keseronokan, keceriaan dan happy yang berpanjangan tetapi ia adalah sebuah kebersamaan, perjuangan dan kesepakatan untuk berlumba menuju Syurga.
Tidakkah kita ingin bersama pasangan yang dicintai di dunia sehingga ke Syurga?
Jika – ya. Pilihlah untuk memulakan “sesuatu” hari ini dan sekarang juga!
"Kahwin takde masalah nak pilih umur ke, muka ke. Cuma yang jadi masalah - ILMU, PENGURUSAN, KEWANGAN, KEMATANGAN. Kena urus baik2 ni. Sweet, sweet jugak Usna, persediaan jangan lupa" - HSH
Bernikah + Bersama + Berjuang + Sehaluan = Berbahagia Dunia Akhirat 

Moga Allah sentiasa tolong kita, Panglima :)

6 comments:

Husna Hamizan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Semoga ape yang awak impikan tercapai, Husna :)

Unknown said...

Jom join giveaway JiwaRosak. Banyak hadiah, banyak sponsor. Husna di tag dalam entry GA ni http://hans-mohd.blogspot.com/2013/01/giveaway-newyear-2013-jiwarosak.html

Mohammad Syazwan Bin Boharin said...

Tahniah ustazah :D.. semoge dpt meneruskan jihad ini ! :)

Mohammad Syazwan Bin Boharin said...

Tahniah ustazah :D . semoga dpt meneruskan perjuangan ini :) .!

Husna Hamizan said...

insyaAllah, thanks Syazwan ^,^