Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

9 Feb 2013

5
suara rakyat

Qawama {Pelindung} Part1 |husnawrites|

"Bosanlah cemini, Haura' ", luah Zafran.

"Apa yang bosannye, kan kita dah kenal lama. Haura cuma mintak kita jalankan hubungan kite ni sekadar kawan. Soal kisah dulu- dulu, bagi Haura itu satu kejahilan dan pengajaran buat kita. Anggaplah itu waktu sebelum kematangan kita. Haura nak kita sekadar berkawan dahulu, dapatkan restu dan redha Mama Abah, soal selebihnya biarlah Allah yang tentukan. In fact, sincerely deep in my heart, Haura akan terus berdoa kepada Allah supaya Zafran jadi yang halal buat Haura. Haura cuma belum bersedia untuk lebih serius, kita masih muda, Haura baru 16 tahun, Zaff. One thing, jaga Haura boleh ?", balas Haura.

"Heh, first thing that I started fade up with you. Awak ni kolot, Haura. Setakat saya ajak dating dua- dua kita je pun awak taknak. Takkan dating dengan Zaff pun Haura taknak, kate sayang Zaff. Benda senang Haura, I can drive. So, Zaff boleh bawak Haura pegi mana- mana je. You know what, almost 4 years kita berkawan, having a relay with you, tak pernah langsung kita dating, apatah lagi nak pegang Haura. Takkan Haura taknak, takkan tak bosan bila kite takpernah buat semua tu ? Come on, Haura. Orang lain buat okay je. Listen sayang, have a nice date with me without Mama Abah, just both of us, can make our relationship will be lasting forever...", pujuk Zaffran Daniel. 

Tergamam. Ya, Haura kini tergamam. Takpernah dia menyangka seorang pemuda yang menghormatinya dahulu, kini meluahkan segalanya. Hakikat yang tak dapat disangkal lagi, Zaffran Daniel, pemuda 18 tahun yang dia hormati dan sayangi kini sedang meledakkan perasaan dan nilai kewanitaannya. 

Nokia 3310 diletakkan seketika. Haura menangis, Nokia 3310 merangkap alat penggera waktu Subuhnya masih dipegang dan digenggam erat. 

Astaghfirullahalazim. Bisik hati Haura' Aniqah. Nokia 3310 dilekapkan semula di telinganya.
"Kenapa Zaffran jadi macam ni ? What's suffering your mind, Zaff ? Allah dah cukup jaga kita selama ni, takkan sikit pun kita takleh nak syukuri ? Zaffran Daniel, to move on next step, from now kita kena berubah. Apa yang takpernah kita buat, kita teruskanlah. Indeed, Haura harap Zaff adalah Qawama, pelindung untuk Haura. But, start from now, Haura perlu sedar bahawa Allah tu selalu ada, dulu Haura selalu lupa. Zaff, let me think properly about us", mendatar suara Haura.


Punat 'off call' ditekan. Nokia 3310 diletakkan di tepi lampu tidurnya, sedikit tersentuh manik- manik tasbih di atas meja kecil itu. Langkah dihayun menuju ke bilik air, wuduk diangkat berserta niat lillahita'ala.

"Usolli sunnat al istikharati raka'taini lillahita'ala"....

Dalam kepekatan malam, hanya doa yang dapat dizahirkan moga Allah memberinya petunjuk, memaafkan dirinya yang khilaf. Lantas seusai 'dating' bersama Allah, butang 'play now' yang timbul di permukaan badan Ipod miliknya ditekan, Hijjaz- Sebelum Mata Terlena membuai Haura Aniqah binti Zikir Addin pada malam itu.........


Sebelum mata terlena 
Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 


Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 

Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 

Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 

Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 

Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 

Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu








*to be continue

5 comments:

Unknown said...

tulis sendiri?
nice!
ayat terbaik. cerita best.

Husna Hamizan said...

hehe. konon masterpiece sendiri. ape yang kurang tegur eh, hans. tunggu next entry :) biiznillah.

Hafizuddin Haji Hamid said...

nice baby.. =)

Hafizuddin Haji Hamid said...

nice baby.. =)

Husna Hamizan said...

oh eh ? hehe insyaAllah :)