Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

10 Feb 2013

0
suara rakyat

Qawama {Pelindung} Part2 |husnawrites|


"Assalamualaikum, Zaffran. Zaff, Haura dah nak balik asrama dah ni. InsyaAllah after Asar. Zaff masih marah Haura pasal last night ? Bro, Haura sedar Haura bukan perempuan yang baik manepun, cuma Haura nak cuba jadi yang terbaik. Apa yang Haura mintak untuk kebaikan kita jugak, kan ?", tenang suara Haura.

"Ha yelah, Zaff okay..", balas Zaffran.

"Usah bimbang,lek Zaff. Allah melihat usaha kita, Zaffran. Usaha adalah ibadah, lebih baik daripada insan yang berputus asa, atau tiada langsung cita- cita untuk memajukan imannya", lancar suara Haura' Aniqah, teguh hujahnya yakni dia lah seorang Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Aspuri.
"A little change, can change a lot", bisik hatinya.
"Zaff, Haura bukan buang Zaff. Haura cuma mintak kite berkawan dulu, biar Mama Abah tahu, Zaff pun tahu kan, redha Allah adalah daripada redha Mama Abah. Kita doa untuk kita, Zaff", sambung Haura, menjaga hati pemuda itu. 

Zaff diam.
"Zaff masih marah ke ni ? Zaff, mungkin 3 weeks Haura akan stay kat asrama. That's mean kita tak contact. Zaff taknak baik- baik balik ke dengan Haura?", soal Haura.

Tekad hati gadis ini, jika Zaffran Daniel masih berpendirian tetap untuk sukar menerima pendapatnya, dia sendiri akan menjarakkan dirinya dengan jejaka ini demi kebaikan mereka juga. Hatta dia sedar, antara Haura' Aniqah dan Zaffran Daniel, masih punya jarak. Ya, masih punya jarak.

"Dahlah Haura'. Apa- apa nak jadi, jadilah. Haura nak buat apa, buat jelah", jawab Zaffran.
"Zaff taknak kawan dengan Haura dah ? Takkan taknak baik- baik dah ? Haura buat salah ape...Haura dah nak balik ni, lame kita tak contact ni", tanya Haura.
"Emmm, tengoklah cemane nanti. Entah entah Haura tu yang memang nak tinggal Zaff and you got a relay with another guy !", tuduh Zaff.

Diam. Getar bibir tanpa suara. Kini Haura tersiksa lagi. Tuduhan tak berasas, bidasan tanpa alas. 

"Takpelah Zaff. Allah tahu niat Haura. Haura pergi dulu. Maafkan Haura kalau sepanjang kenal dengan Zaff, Haura sakitkan hati Zaff. InsyaAllah lepas ni, biar Allah yang jaga segalanya. Jaga diri, jaga solat, assalamualaikum", serak suaranya tanpa airmata. Ya, kini dia sudah tekad. Menggalas amanah lebih berat dan penting daripada menjaga hatinya sendiri untuk lelaki bernama Zaffran Daniel bin Khairil Murtadza.

Nokia 3310 diletakkan di atas meja belajarnya. Tangan kanannya digenggam sendiri, menarik nafas, mata dipejam, dan erghhh, dia kini yakin, dia kini gadis yang kuat !

Langkah dihayun meninggalkan bilik tidurnya. 
Bagasi diangkat,"Bye bye Nokia 3310, bye- bye Zaffran Daniel bin Khairil Murtadza".
"Angah dah siap ?", tanya Abah.
"Yesss sir, Leggo !", ceria suaranya. Soal hati, dia yakin, Allah jaga.

Di sisi kanannya, Mama menghulurkan sausage roll coated with 
nestum. "Buat makan ngan buddies", tutur Mama.

"Syukran, i love you Mama", manis senyumnya.

No comments: