Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

28 May 2013

0
suara rakyat

Bercinta Biar Saling Topap

Ketika menunggu bang Zuhur berkumandang di langit Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, muncul satu persoalan dalam kalangan mereka.

"Weh Cuna, kalau diberikan dua pilihan antara lelaki yang kuat agama tapi tak sekepala dengan kita dengan lelaki yang biasa- biasa tapi sekepala kamceng kaw- kaw ngan kita, kau prefer untuk pilih yang mana satu?", soal pemilik sepasang mata cantik, Atasha.

"Chopp. Lelaki yang biasa-biasa tu cemane ?", soal saya.

"Em, biasa- biasa je. Masih cukup solat lima waktunya, cukup puasanya, baik hatinya, sefikrah dan sekepala 'gila-gila' macam kita. Cuma tak setanding dengan lelaki yang seorang lagi yang tinggi pendidikan agamanya."

"Lelaki yang biasa- biasa tapi sekepala dengan kita", jawab saya tanpa ragu-ragu.




"Ngape ?", soal seorang rakan.

"Asalkan dia masih menjaga solat lima waktu, walaupun dia bukan kategori pak ustaz atau pak sheikh bagai, jenis biasa-biasa aje, aku akan terima dia. Soal hidayah tu rahsia Allah. Kita tak tahu masa depan dia macam mana. Mungkin, pada masa sekarang, kita tengok dia macam tu. Tapi, siapa tahu pada masa depan dia akan jadi lelaki yang lebih baik selagi mana dia ada niat nak belajar dan ingin berubah."

"Woot woooot !", mereka bersorak. Kononnya kontroversi. Hahaa

"Weh.. Lek ahh..Jangan ambil pendapat aku sebagai nas atau hukum. Taste manusia berbeza-beza. Kalau dapat lelaki yang pendidikan agamanya tinggi tapi tak sekepala dengan kita pun boleh je kalau dah jodoh nak buat macam mana kan. Hidup kitakan saling melengkapi. Saling topup. Tapi itulah,taste aku, biarlah yang biasa-biasa aje asalkan ada agamanya. "

Akhiri saya penuh yakin bersama sekuntum senyuman, berserta anggukan ketenangan dari mereka, yakni sahabat-sahabat saya.

Bahagia, di Bumi Kem PLKN Geo Kosmo.


*Telah diadaptasi melalui Sidratul Muntaha.
Hakikatnya, ini kisah benar.








No comments: