Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

25 Feb 2013

4
suara rakyat

Qawama {Pelindung} Part3 |husnawrites|

"Haura... Amira... Dia kata bahu dia sakit lagi", gelabah Dayana.

Mengeluh. Mata rapat dipejam. Haura kini bertambah risau. Risau dek Amira. Amira, gadis metropolitan merangkap pelajar baru Tingkatan 4 yang baru berpindah ke sekolahnya, pelajar aliran teknikal, penghuni baru asrama. Masih belum boleh menyesuaikan diri, bertatih mencari makna hidup sebenar selepas melempar jauh kehidupan sosial yang keterlaluan di sekolah bandar. Dalam menempuh azam dan cubaannya, usikan afrit, ifrit serta mambang selalu menggangunya. Kebiasaan yang telah menjadi hakikat, semua asrama mempunyai kisah misteri tersendiri. Sentiasa jaga diri, jangan lupa pada Ilahi. 

"Darlila, Alliessa. Aku keluar sekejap. Aku dengan Dayana. Amira weh....Dia 'kena' lagi ", lemah suara Haura.
"Ora.. jaga diri", pesan Darlila dan Alliessa serentak, sambil bibir terkumat- kamit, wajah kian cuak.

Dayana, Darlila, dan Alliessa merupakan antara berapa orang pelajar asrama yang bertugas sebagai penjawat Biro Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar Asrama. Kolaborasi antara mereka inilah menjadi nadi semangat sekaligus penetrasi jiwa Haura, kerana baginya, tanpa mereka, segala urusan asrama dan sebuah organisasi MTPPA itu tidak akan lengkap memandangkan pula Haura, ada ketikanya tergolong dalam golongan mentaliti bawahan ; golongan yang malas gunakan otak untuk berfikir. Lumrah, inilah golongan remaja masakini. 

"Amira, Amira okay ?", tanya Haura yang sedang mendekati tubuh longlai dan gontai Amira itu. 

Diam. Bungkam. Tiada reaksi. 
"Mira kata bahu dia sakit, since dari perhimpunan tadi", luah Nabila, kawan Amira.

"Dayana, kita bawa dia balik asrama, nak? Boleh kau inform kat Cikgu Tashiella ? ", tenang suara Haura sambil  meninjau kelibat Cikgu Tashiella, warden asramanya. 

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!", jerit Amira. Tiba- tiba. Haura, Dayana dan Nabila makin risau.

"Nabila, bawa Amira pergi surau asrama dulu eh ?", pinta Haura.
"Yana, mintak Darlila atau Alliessa cakap kat Cikgu Tashiella. Cepat sikit nanti ", arah Haura.

Langkah dihayun pantas. "Ora, aku rase kita kena panggil Zikir lah. InsyaAllah, dia boleh tolong. Kita panggil Aizat sekali", Dayana memberi idea.

Haura tergamam. Jiwa dan atmanya seakan terhenti. Mendengar nama Zikir Amsyar bin Kazim Furqan, fikiran terimbau ketika dia dan Alliessa pergi ke surau untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Saat itu, dia terlihat seorang pemuda segak berjubah, bersongkok dan berkain pelekat comel pakej bersama sejemput janggut yang kemas milik lelaki itu. Bukan jatuh cinta, sekadar terpesona akan perwatakan tenang seperti itu. Itulah Zikir Amsyar, pelajar tahun akhir Ekonomi. Menjawat jawatan Ketua Biro Badan Dakwah dan Kerohanian Asrama dalam MTPPA.

"Subhanallah..", hanya itu pengucapan Haura sekaligus pandangan ditundukkan kembali. Lega dihati tahap petala kelapan kerana pandangannya hanya sekejap, seusai pemuda itu selesai mengambil wudhuk dan terus memasuki surau, bersiap sedia untuk mengimami solat Maghrib, satu saf pertempuran saat sinar mentari mula menyorok ditelan ufuk Barat.




"Perghhh, tu Zikir kan Lisa ?", tanya Haura.
"Ya ya ya. Zikir Amsyar. Cute", balas Aliessa.
"Ewah ? Yess, boleh jadi Qawama ni! Chopp, chopp. Nak yang soleh diri kena lah solehah dulu kan ? Wehh, doakan aku. Hehehehe", ceria Haura.
"Oraaaa.... tak salah nak jadi solehah. Tapi agak- agaklah, imam pun tak mula lagi, asal kau semangat nak qiam dah ? Solat ikut imam weh. Hahaha", gelak Lisa melihat reaksi Haura.
"Ho yeh. Aku saja nak exercise sikit sebelum solat ni. Warming up dulu", selamba Haura membalas.


Ketawa kecil pecah. Ikatan telekung di kepala diperkemaskan, inner syria di kepala dicantikkan lagi, semata- mata ingin tampil cantik dalam solat kerana solatlah 'dating' terindahnya dengan Allah. 

"Nak dating dengan Allah kena cute. Setakat bajet cute pun jadilah", bisik hatinya.




"Ora...Kau okay ? ", panggil Dayana sekaligus melempar jauh imbauannya.
"Oh, ha ah. Ya Allah, Mira weh !", Haura tergelak kecil namun kembali serius ketika teringatkan Amira, adik juniornya.

"Jom pergi kelas Zikir, minta tolong dia. Haritu dia azankan Mira", ajak Yana.
"Okay, leggo". Bismillahirrahmanirrahmanirrahim, bisik hatinya.






*to be continue




4 comments:

Anonymous said...

Cerita menarik ! keep it up Husna !

Husna Hamizan said...

InsyaAllah, thanks :)

Kak H said...

Kita ada minat yang sama kan? Menulis novel. Kau taknak try buat novel secara serius ke? Submit manuskrip kat mana-mana publisher?

Husna Hamizan said...

@Husna Humairah he em unaa. tu yg buat aku rindu kau tuu. aku buat biasa je, taklah serius mane. time imagine je aku serius. hehe. kau lainlah, kau hebat unaa. kau submit mana2 ke ?