Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

27 Feb 2013

17
suara rakyat

Macaroon |non secret recipe|





Eh hai ! Harini, saya nak share something ! Setelah sepurnama saya menyimpan hasrat untuk buat macaroon hasil air tangan sendiri, akhirnya menjadi. Hulamak, it was so amazing ! 

Meh nak habaq mai, macaroon ni membawa maksud 
biskut atau kuih daripada biji badam yang ditumbuk atau digiling.
Dalam bahasa Perancis ianya disebut
"crush or beat" (rangup dan kenyal). Bila dah di Malaysiakan jadi la "Macaroon" menggunakan bahan yang berasaskan gula, putih telur dan serbuk badam, berbentuk bulat dan berwarna-warni. Macaroon ni jugak telah menjadi kegilaan ramai kerana fizikalnya yang menggiurkan dan ianya sangat comel seperti saya ! Ya, itulah dia 
Haha.
Okay ar. kembali serius. 
Meh dengar semua. Mari dekat, mari dekat. Duduk bersila rapat- rapat.
Taraaa............ Inilah macaroon yang saya maksudkan!


Alhamdulillah, senang je buat ni. Nak kan ? Buat sendiri ar baru best. Okay, let's start now !
*Basuh tangan dulu.





The Adorable Macaroon 




Bismi Allah...

Bahan- bahan :
80g putih telur - anggaran 2 biji 
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
serbuk pewarna

Baking paper atau kertas minyak
Ganache, jem atau nutella (untuk filling)







Cara- cara :


 Satukan serbuk almond dan gula icing. Ayak, kemudian ketepikan.





 Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan, gebu dan
sedikit berkilat. Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh.
**Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.

 Masukkan 1/4 daripada serbuk almond + gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sikit- sikit dan gaulkan sempurna.
Then, letak serbuk pewarna. Bahagikan 2 warna je, sebab adunan sikit.





 Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.


 Picitkan atas kertas minyak atau baking paper yang kita dah alas atas tray. Buat sampai habis, best kan ? hehe
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macaroons untuk avoid permukaan macarons jd berlubang bila nak bakar nanti.


 Biar macaroons lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan macaroons kering betul-betul means bila kita sentuh permukaan macaroons tak melekat kat tangan.

 Sebelum bakar, pre-heat oven 140ÂșC selama 10 minit.
Oven takleh panas sangat sebab nanti macaroons pecah atau retak.

 Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit. Setelah masak, letakkan macaroons bersama kertas minyak dan biarkan ia sejuk.



 Bila macaroons dah sejuk, angkat dari kertas minyak tadi dan letak filling atau ganache apape atas die. Saya guna nutella, well chocolate sape tak cair beb!



Siap ! 

Ni macaroons orang professional yang buat. Bukan saya.


Best of luck !



17 comments:

KamKim said...

Pernah mkn yg filling dia peanut butter.. :)

Husna Hamizan said...

oh ha. letak apape pun sedap. saya guna nutella. awak cuba lah !

Anonymous said...

nampak macam sedap ! saya nak cuba lah.

Husna Hamizan said...

hehe. insyaAllah, awak cubelah !

Unknown said...

meleleh air liur. belum makan lg.

NoorBieLover said...

wah!! pndainya buat..comel lak tu.

taehygsbby said...

sedapnya :o suka yang letak nutella :) hihihi

Husna Hamizan said...

@Hans Mohd hehe. nak air liur leleh, try lah ! hehe

Husna Hamizan said...

@Noor
biasa je awak. Awak cubelah, best macam main plasticine je ^^

Husna Hamizan said...

@nurhamiza shuhada haah, letak nutella, sedap !

Anonymous said...

kite letak filling apape pun boleh kan?

Kak H said...

pandainya kau buat. kau still rajin kat dapur eh? hebatt :D

Husna Hamizan said...

@Husna Humairah hehe. ada bebrapa gambar je aku punya. beberapa yg lain ada yg ihsan. hehe, biasa je una. kau cubelah, mesti sedap !

Unknown said...

Poskan dkt sy blh? ♥

Husna Hamizan said...

@Nasuha hehe. ambiklah :)

Anonymous said...

pandai anak bonda buat..bonda pun blum pernah cuba lg..nnt bonda nk cuba la.. tahniah cuna sayang!

Husna Hamizan said...

@SheLa^^ZuL hehe bonda :) rindu kat bonda ! hehe kite bosan kat rumah, ni lah kejenye. bonda cuba eh !