Kosongkan gelas.
Bahan- bahan :
1. Gelas.
2. Air kosong.
Cara :
1. Isikan gelas penuh dengan air. Hati- hati, jangan sampai tertumpah.
2. Setelah hampir penuh, isikan lebihan air yang sama ke dalam gelas tersebut.
Apakah pemerhatian yang kita dapati ?
Konklusi :
Adakah gelas yang telah penuh mampu dituangkan lagi air ke dalamnya ?
Hah, jawapannya tidak.
Jika air yang baru ingin diisi ke dalam gelas, maka air sedia ada perlu dikeluarkan terlebih dahulu, barulah air yang baru boleh diisi.
Bagi remaja, konsep mengosongkan gelas ini boleh digunakan dalam pembelajaran.
Ketika ingin menerima pelajaran baru, kosongkan minda daripada virus "saya dah tahu".
Dengan meletakkan satu set minda bahawa kita belum tahu dan perlu balajar, kita sedang menyediakan minda untuk menerima ilmu baru tersebut.
No comments:
Post a Comment