Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

13 Mar 2013

6
suara rakyat

Solat dulu ke makan dulu hahh ?




Straight to the titik, saya ni tergolong dalam golongan yang menganggap bahawa
'Makan = Heaven + Rock Oooo'.

Gulp.

"Wehh, dahtu solat kau nak letak mana ? Kemain heaven bagai, podahh". 
Haha. Ini hanya anasir yang berlegar di minda dan menerobos ke atma saya. 
Bila difikirkan semula, ada betulnya anasir dan ideologi yang selalu saya tepis bak meniup lalat supaya badannya terlekat di buku getah lalat. Secara jujurnya, sedang ghairah menikmati makanan, tapi terfikir juga, "Woi, bila kau nak solat ni?"

Astaghfirullah.

Kadang buat enteng je kan solat?
Kadang fikir senang je nak masuk syurga. Hah, dengan bekalan apa ? Makanan yang saya lahap tu tanpa fikir orang belakang ?

Lumrah

Saya merupakan bekas pelajar yang pernah menginap di asrama. 
Ya, dari 2008 hingga 2012.
Ya, dari junior hingga bergelar senior.

Budaya yang sering saya lakukan dan lihat, adalah pada bulan puasa. Ha, puasa di asrama.
Beratur panjang dari jam 6 lebih kurang bersama rakan rakan, makanan pakej ada air sejuk, kurma dan kuih muih serta juadah makanan yang mampu membuat saya ketaq kepala lutut.
Langkah dihayun ke meja makan, duduk dan menunggu azan.

"Hayya 'alassolah", ahah! Inilah masanya !

Chopp! ada seruan solat dah tu, tapi kenapa saya dan jemaah di Dewan Makan lain sorang pun takda yang bangun ?
Bukannya saya tak terasa terpanggil dengan azan, tapi makanan sedap ni macam mana ? 
Bukan juga saya tak faham apa maksud Hayya 'alassolah tu, tapi macam mana kalau solat nanti tak dapat khusyuk dek rindukan Nasi Ayam Kekasih Hatiku ?

Baiklah, ini kupasannya.
Nak makan dulu ke nak solat dulu ?


Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: 
Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika makan malam”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar r.a, baginda Nabi saw bersabda maksudnya:
”Apabila dihidangkan makan malam untuk kamu sedangkan solat (berjemaah) telah didirikan, maka mulakanlah dengan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah sehingga dia selesai makan” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang sama dinyatakan bahawa-Maksudnya:  
 ”Ibnu Umar r.a apabila dihidangkan makanan untuknya ketika solat didirikan, beliau tidak mendatangi solat hinggalah beliau selesai makan sedangkan beliau mendengar bacaan imam”

Menurut Imam Nawawi r.h (meninggal 676H):
Hadis-hadis tersebut menyatakan hukum makruh bersolat apabila makanan yang hendak dimakan telah terhidang kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”(Rujuk Syarh Sahih Muslim, karya Imam Nawawi).



Jelaslah kepada kita bahawa mendahulukan makanan yang sudah terhidang di depan mata merupakan sunnah dan sunnah ini meliputi semua solat. Meninggalkan makanan ketika lapar atau berkeinginan yang kuat untuk menjamahnya ternyata boleh menghilangkan khusyuk dalam solat. Ini disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Oleh itu ulama menyatakan hukumnya makruh meniggalkan makanan yang sudah terhidang di depan mata untuk menunaikan solat.

Malangnya ada diantara kita yang kurang faham lalu mengandaikan agama dengan emosi semata-mata tanpa melalui ilmu. Suruhan mendahulukan makan sebelum bersolat bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat. 
Sebaliknya, tujuan arahan Nabi saw adalah untuk memastikan kesempurnaan solat kita. Agar kita dapat solat dengan Khusyuk tanpa memikirkan tentang makanan tadi. 
Namun jika makanan belum terhidang atau keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah makruh untuk kita terus menunaikan solat.


Nampak ? Nampak dah betapa hebatnya Al Quran dan Sunnah mengatur hidup kita? 
Sungguh, Islam tak membebankan kita.


Firman ALLAH swt maksudnya:  
”Makan dan minumlah kamu. Jangan kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya DIA tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-Araf: 31)



Wallahu'alam :)




6 comments:

are_lin@yu said...

apa pn soalt dulu kan..tiang agama..muhasabah diri ini..huu

Tihara said...

Islam itu memudahkan..nice entry :)

Husna Mizan said...

@are_lin@yu he em betul tu. solat tu amat penting. Islam cuma memberi rukhsah. alhamdulillah tak memudaratkan:)

Husna Mizan said...

@Tihara inysaAllah, alhamdulillah Islam tak membebankan.

ejulz said...

Terima kasih di atas info yg menarik dan berguna.. :)

Husna Mizan said...

@ejulz sama sama. InsyaAllah, ejulz share lah mana yg perlu :)