Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

20 Mar 2013

2
suara rakyat

Qawama {Pelindung} Part4 |husnawrites|




"Assalamualaikum", sapa Dayana untuk jemaah kelas Zikir.

Haura masih berdiri di belakang pintu.
Meraup muka.
Debar dan gelisah.
Ahhh. Betulkan niat, Haura! Bisik hatinya.

"Cikgu, boleh saya berjumpa dengan Zikir Amsyar ?", Dayana memohon izin.
"Silakan", senyum Puan Aurora.

"Hah, ngape ?", soal Zikir.
"Nak minta tolong boleh ?", tanya Dayana. Kelihatan mulut Dayana bercerita kepada Zikir.
Bulat mata Zikir. "Hah? Errr insyaAllah. Aku panggil Hazzwan sekali".
Haura melangkah ke hujung balkoni, melihat persekitaran.
Sekilas pandang, melihat perbualan pendek Zikir dan Dayana.
Dua kilas pandang, Zikir telah keluar dari kelas, sambil mengemaskan tali lehernya dan membetulkan lengan bajunya.

"Haura okay ?", soal Zikir.
"Huh, Alhamdulillah, sedang okay..", getar suara Haura.
Zikir senyum. Memberi senyuman percuma. Terdengar jeritan histeria yang sukar dikawal di penjuru hati Haura.
Haura tunduk. Berlagak tenang.






"Allahu akbar, allahu akbar", laungan azan dari Zikir. Bergema satu Asrama Puteri.
Meditasi untuk Amira.
"Arghhh! Kau blah blah blahh!", jerit Amira. Bukan suara sebenarnya. 
"Hehehehe. Dah kenapa pulak suara macam tu..", kecil tawa Haura disebalik jari-jari yang menutup mulutnya.

Segenap sisi surau bergema azan dan jeritan Amira.
Satu histeria tanpa kawalan.
Guru-guru bertugas, warden, dan pengawal serta ibu bapa Amira mula memenuhi perkarangan surau. Muka risau semuanya.

"Haura, kau tak nampak apa-apa?", soal Alliessa.
Ya. Untuk kali ke sembilan tambah sepuluh juta, mereka tanyakan Haura soalan yang sama.
"Em, biasalah tuu...", jawab haura.
"Weh, Amira makin kritikal tu ! ", pintas Haura.

Di sisi sekujur tubuh Amira, Zikir Amsyar tidak berputus asa mengazankannya. Cikgu Hasleeda meraba skrin Samsung Galaxy Tabnya, menggodek sesuatu lantas menekan butang 'play' - Ayat Ruqyah.


Haura. Dalam riak wajah tenangnya, bibir merekah milik gadis itu membaca sesuatu, sesuatu yang pernah dia belajar mengenai terapi Islam, semuanya dari ayat Kitab Cinta Allah, Al-Quran.
Seluruh asrama kini meriah. Jeritan jembalang melawan ayat- ayat Allah.

Selepas beberapa minit berhempas pulas, Amira rebah di pangkuan ibunya. Mukanya nampak letih.
Zikir terus meraup mukanya yang berpeluh. Dia keluar terus mendapatkan Hazzwan dan Aizat lalu terus duduk di gazebo depan surau Asrama Puteri itu.
Haura mendapatkan Amira, cuba menenangkannya.

"kak Haura... Mira takut....", lemah suara Amira.
"Laa takhaf. Allah selalu dengan Mira.....", pujuk Haura.
"Kak Haura jaga diri eh...'dorang' kacau Mira.. dorang jahat.. ", nasihat Amira dalam nada suara yang amat gontai.
Haura diam. Dia dapat menangkap sesuatu dalam nasihat itu...
Ya. Dia perlu berhati- hati.
Perlu banyak dekatkan diri dengan Allah.
Perlu sedar bahawa kadangkala 'sixth sense' bukan satu perasaan yang boleh orang lain terima dengan senang, apatah lagi untuk dibanggakan.

"Kalau apa aku nampak adalah benar, ya Allah jagalah 
aku...", doa Haura di dalam hati.




*biiznillah, akan bersambung..



Relate on this :

Qawama {Pelindung} Part1 |husnawrites|
Qawama {Pelindung} Part2 |husnawrites|
Qawama {Pelindung} Part3 |husnawrites|







2 comments:

Amalina Lee said...

Terbaiklah :) Good luck ambil result SPM nanti, sama la dengan saya huhu

Husna Hamizan said...

@AmalinaLee err takutlahh Lina... Em, Lina pun goodluck jugak !