Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

18 Mar 2013

8
suara rakyat

Segmen : Hijrah Itu Indah




Poster-Segmen
Klik poster di atas, untuk sertai !


Alhamdulillah, ini hidup saya.
Saya seorang gadis Islam yang masih hanyir dan busuk kerana masih kurang perfume imannya. 
Sungguh, kadang iman saya ada di tahap petala kelapan, adakala juga kurang daripada itu.
Ini kerana ianya kadangkala suka berubah. Ya, lumrah seorang manusia. 

"..Everybody has a past...
...everybody lives a present...
...everybody deserves a future...
...that was I and this Husna Syafiqah Hamizan..."


Sekali lagi. Alhamdulillah.
Saya dilahirkan di Labuan, dibesarkan dalam sebuah keluarga yang biasa. Namun, Alhamdulillah, sejak kecil saya telah diterapkan ilmu agama dalam diri, hasil usaha Mama dan Abah saya. Saya bersyukur mempunyai keluarga seperti ini. 
"Walau apapun, jadikan Addin pegangan kita sebab Addin Islam kita, sungguh tak membebankan" - Mama Abah.


SHARING MOMENT
Bercerita mengenai hijrah, adalah satu isu peribadi buat saya kerana agak panjang unuk diceritakan.
Sungguh ianya sebuah isu heroik jika saya mengulas panjang. 
Namun, insyaAllah, jika ia boleh dikongsikan saya tak akan sia-siakan kerana kita juga sama hamba, sama khilaf.

“saya pernah dalam gelap dan pernah salah. Tapi, kenapa orang keliling hanya pandai bising? tapi tak pandai menghulur tangan.”

1.SOLAT
Suatu ketika semasa saya kecil, saya juga pernah merasai kemanisan semangat bersolat, semangat dan terlalu taksub untuk memakai telekung, berjemaah bersama Mama Abah, sehinggakan, waktu belum masuk, saya sudah semangat duduk malahan qiam di tikar sejadah yakni untuk memulakan solat. Jika diingat kembali, semestinya ketika itu saya sudah merasakan halawatul iman, kemanisan iman dalam diri seorang anak kecil.
Namun, bila usia menginjak dewasa, sebaik terdengar laungan azan, jawapan yang sering saya lontarkan mungkin bukan dari mulut, tapi hati adalah, "Alaa, lek je kot...".
Malahan ketika diajak Mama dan Abah, sungguh, saya lebih mengutamakan handphone, media sosial, serta makanan. hehe^^

Ya. Inilah cabarannya. 
Mesej, media sosial, makanan dan sebagainya. 
Satu masa saya fikir, jika hidup macam ni lah yang akan saya teruskan, bagaimana untuk saya rasa halawatul iman yang dulu?
Bagaimana nak dapat bahagia ?
Alhamdulillah, terdetik di hati saya.

"Bukan mudah untuk berubah.. dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan." 
Sungguh. Saya hanya gadis biasa. 


MISSION IMPOSSIBLE
Untuk cuba beristiqamah dalam 'solat on time', apa yang saya lakukan ialah :
1. Pasang alarm, penggera di telefon berbentuk azan.
   Saya jadikan laungan azan dari Muhammad Taha al Junaid
   sebagai penggera saya. Setiap kali masuk waktu solat, 
   Muhammad Taha akan panggil saya. Saya juga tetapkan azan ini 
   sebanyak 2 kali. Kali kedua, saya anggap itu amaran buat saya.
2. Saya minta mama abah untuk ajak saya solat bersama jika di
   rumah
3. Di asrama, saya mungkin takperlu bimbang kerana waktu solat
   sentiasa terjaga. Inilah kelebihan tinggal di asrama. In fact, 
   zaman sekolah is one of the bestest phase ever. hostel life
   doubles the fun.
4. Pastikan telekung sentiasa dilipat atau diletak di atas katil.
   Maka, bila rasa ingin bermanja- manja dengan katil, automatik 
   saya akan terpandang telekung, yelah warna putih kan ? hehe


2.KENAKALAN VS KEMPIMPINAN
Saya merupakan seorang bekas pelajar asrama. Saya tinggal di asrama sejak tahun 2008 hingga 2012.
Sewaktu umur saya 13 tahun, Tingkatan 1, saya seorang pelajar junior yang agak rapat dengan kakak- kakak senior. Hal ini kerana, hanya saya seorang pelajar tingkatan 1 waktu itu yang tinggal di dorm yang rata- ratanya kakak- kakak senior yang berjawatan semuanya. Dari itu, saya dilantik sebagai AJK Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR).

Menduduki umur 14 tahun, di tingkatan 2, saya masih meneruskan jawatan itu, namun ketika itu saya sedah mula nakal. 
Ponteng kelas prep, ponteng aktiviti kokurikulum, ponteng jemaah tarawih, fly, bercinta, kacau orang tidur malam, mempunyai konspirasi dengan rakan lain untuk keluar ke kantin malam- malam hanya kerana lapar dengan hanya menggunakan jalan depan asrama lelaki, bahkan menyorok dalam loker ketika dicari warden juga merupakan kerja saya. Namun, saya masih punya jawatan mulia itu. Hairan. Kenapa masih diberi peluang  sedangkan diri ini banyak jahilnya.

Naik umur 16 tahun, saya berpindah ke sekolah lain. Sebuah sekolah berasrama juga.
Berpindah ke sekolah ini, menjadi titik hilangnya segala jawatan- jawatan saya dahulu di sekolah lama. Saya berpindah ke sekolah ini adalah untuk mengambil aliran sains agama.
Sederap langkah, setapak binaan diri saya di sekolah itu, Alhamdulillah, saya diberi kawan- kawan yang amat baik, senior yang amat baik malahan guru- guru dan warden yang baik. Sungguh saya seronok bersekolah di situ.

Lantas, saya diuji lagi. Ya, diuji dengan jawatan sekali lagi.
Memegang jawatan Ketua Asrama Perempuan bukanlah suatu yang mudah dan saya inginkan. Saya ingin menjadi seorang pelajar biasa, tanpa jawatan kerana saya pernah melakukan kesilapan.
Melihat kesalahan anak- anak buah saya, menjadikan saya takut untuk menghukum mereka. Ya, apa yang mereka lakukan, semua saya pernah lakukan. Sungguh, saya benci dan selalu menangis apabila memikirkan hal ini. Sehingga saya rasa, amanah itu sungguh berat dan saya ingin melepaskannya. Tapi, saya tahu. Allah uji saya takkan berat manapun. Dia tahu saya sanggup. Melalui inilah, saya sedar bahawa Allah sayang akan saya. Bagi saya, 

"To hate others is ugly. To hate myself is uglier." 


MISSION IMPOSSIBLE
Namun, apa yang saya lakukan ialah :
1. Bisik kepada diri, "Cuba jadi seperti Rasulullah..."
2. Wujudkan usrah bersama rakan- rakan.
3. Cuba solat sunat, walau susah.
4. Cari waktu untuk asingkan diri dengan orang lain. 
   Tahannuth, seperti Rasulullah. habiskan beberapa minit
   memikirkan tentang dunia ini dalam perbandingan ke depan,
   ini akan mengubah cara hidup saya. InsyaAllah.
5. Minta rakan tegur apa salah kita.





BE AN INSPIRATION
Baiklah, cukuplah ini perkongsian saya bersama anda semua.
Sesungguhnya  berjuang itu perit dan pahit tapi syurga itu lega dan sweet :)
Sungguh, Allah tu amat dekat.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah:186]

Ingatlah, 


"Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biarlah Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab taknak riak dengan manusia, sebab tu lah tanda kita riak dengan Allah sebenarnya."


Sekali lagi, saya hanyalah gadis biasa yang punya purata dosa seharian tahap petala kelapan. Bagi saya, iman takdapat diwarisi, tapi dapat dicari.
Ya, tekadlah dalam hati, 

“Changing for good ain't a crime.. Indeed, a little change, can change a lot.."
Ya. 
"Berubah untuk kebaikan bukan adalah jenayah.  Sesungguhnya, sedikit perubahan boleh mengubah banyak"

Akhirul kalam, 


"Usah bimbang, Allah melihat usaha kita. Usaha adalah ibadah, lebih baik daripada insan yang berputus asa, atau tiada langsung cita- cita untuk memajukan imannya" - HSH


Salam Alaykum !

Husna Syafiqah Hamizan, 17032013



8 comments:

Kak H said...

Awesome Sya! Confirm boleh menang ni :) Menepati syarat & tersusun rapi :)

Husna Hamizan said...

@Husna Humairah Allah... Una. Biasa je ni. InsyaAllah, nak jadi macam kau !

saida hata[ ^_^ ] said...

assalamualaikum . wahh . suka lah saya baca kisah awak ni . teringin nya nak jadi macam tu jugak . doakan saya ya ^^ . btw,,keep it up . setiap ujian pasti ada jalan penyelesaian nya .
"everything happens for a reson"

Husna Hamizan said...

@saida hata[ ^_^ ] InsyaAllah, tegur saya kalau saya salah ye ^^ salam alaik :)

fareast said...

syukran atas perkongsian cerita..semoga terus hebat..

fareast said...

syukran atas perkongsian cerita..semoga terus hebat..

Husna Hamizan said...

@fareast afwan. insyaAllah, terima kasih :)

Mama Darwiish said...

salam ukhwah dari segmen y samahttp://noraiiiiiin.blogspot.com/2013/03/hijrah-itu-indah.html