Husna Hamizan

"..kerana semalam, jahiliyyah itu adalah ujian. Hari ini adalah tarbiyyah dan esok adalah dakwah.."

Batalion

30 Mar 2013

3
suara rakyat

Transit Cinta


Saya mahu kasih saya sampai kepada mereka..

...buat insan yang memiliki cinta dalam nuraninya...
...buat jiwa yang mencintai jalan dan perjuangan ini...

ABAH.
MAMA.
ALONG.
ADIK.
KONCO-KONCO RAPAT.
BATALION SEUMUR SEBAYA.
SEPUPU SEPAPAT, SAUDARA MARA TERHEBAT.
MOHAMAD AZIRUL SYAFIQ BIN BAHATIAR.

Saya berkongsi impian, berkongsi mimpi..
Jika impian , cita-cita, visi, misi, juga obsesi kita serupa, saya pohon agar kita panjangkan doa dan tawakal bersama..







































 
 
 



Percayalah, saya pergi PLKN bukan lama mana pun.. HAHA ^_^'

Salam Mahabbah, dari saya.


0
suara rakyat

Untuk Panglima


Untuk berjalan bersamaku
Hanya doa ku pinta untuk membantu
Moga kau dan aku dalam kerahmatanNya selalu.





Tak perlu khuatir,
aku akan datang sendiri mencari
jika takdir Allah mengatakan itu pasti.
kerana yang dirancang adalah yang terbaik
untukmu,
Untukmu Panglima :)


Tunggu aku,
jika perlu.
jika memang mahu.
selagi kau tak terburu- buru,
Allah akan meredhaimu..







28 Mar 2013

5
suara rakyat

Janji



Tegap pohon kerana akar,
Tegap kasih kerana ikrar,
Teguh akarnya, pohon takkan bongkar,
Teguh ikrarnya, kasih takkan ingkar.








27 Mar 2013

0
suara rakyat

Mama.





Mama, apa khabar denganmu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap kasihmu takkan berubah
Kerna kasihmu kan bawa ke syurga.

Mama apa khabar denganmu
Ku harap kamu baik selalu
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku.

Mama ampunkan segala dosaku
Dosa kenakalanku
Mama doakanlah aku anakmu
Agar di akhirat bisa bertemu.

Mama senyummu amat berharga
Mengubat hati yang duka
Mama dengarlah bisikan hatiku
Aku sayang kamu



1
suara rakyat

Terindah.


Haura' Aniqah- Kumpulan Nasyid Asrama Telok Panglima Garang 2012.
Hehe. carilah saya, jumpa saya dapat ferrero rocher. hahahaha :D





Di waktu subuh sunyi
Sepi tanpa suara
Mensyahdukan hati ini...

Di pelarian ini yang kita impikan
Mengharap RedhaMu ya Tuhan..

Perpaduan ummah yang terjalin meningkatkan iman.
Bagaikan bahtera melayari sebuah lautan.

Dengan perpaduan diri kita menuju wawasan.
Memuji- muji keagungan ciptaan Tuhan.....











28
suara rakyat

Segmen : 300 Blogger

0
suara rakyat

Wordless Wednesday




25 Mar 2013

0
suara rakyat

Jauh.......


Salam Alaykum.




Kita mungkin perlu berjauhan lagi

untuk menghukum rasa hati
agar tahu menghargai
tahu nilai diri

namun syaitan galak mengusik
dan aku bergasak menegakkan dinding akhir
hingga termeterainya janji dan cerialah luh mahfuz meraikan lafaz akad kamu,
Aku tunggu.

#Bidadari Besi




0
suara rakyat

Konsep Gelas



DO IT YOURSELF !

Kosongkan gelas.

Bahan- bahan :
1. Gelas.
2. Air kosong.

Cara :
1. Isikan gelas penuh dengan air. Hati- hati, jangan sampai tertumpah.
2. Setelah hampir penuh, isikan lebihan air yang sama ke dalam gelas tersebut.


Apakah pemerhatian yang kita dapati ?

Konklusi :
Adakah gelas yang telah penuh mampu dituangkan lagi air ke dalamnya ?
Hah, jawapannya tidak. 
Jika air yang baru ingin diisi ke dalam gelas, maka air sedia ada perlu dikeluarkan terlebih dahulu, barulah air yang baru boleh diisi.




Apa kaitannya dengan hidup remaja ?

Bagi remaja, konsep mengosongkan gelas ini boleh digunakan dalam pembelajaran. 


Ketika ingin menerima pelajaran baru, kosongkan minda daripada virus "saya dah tahu".

Dengan meletakkan satu set minda bahawa kita belum tahu dan perlu balajar, kita sedang menyediakan minda untuk menerima ilmu baru tersebut.






24 Mar 2013

2
suara rakyat

Trend Facebook




PEREMPUAN

1. Post gambar sendiri.
2. Letak caption - "saye gemuk, saye tak cantik macam awok awok awok sumerrrr"
3. Kelip- kelip mata, tunggu orang puji.

P/S : Langkah ini sesuai untuk gadis yang betul- betul kurus je. Saya bet !


LELAKI

1. Post gambar sendiri, lantaklah style apepun.
2. After beberapa saat, perempuan like lebih banyak dari lelaki like.

P/S : Langkah ni sesuai untuk lelaki yang betul- betul wajahnya sedap dipandang.


*Hanya untuk individu tertentu sahaja.


2
suara rakyat

Segmen: Saya nak doodle dari MH!

Klik pada banner di atas untuk join !

Salam Alaik,Mira !

Saya impikan doodle seperti ni : *cewah ayat :3

- Berhijab #EDA6ED
- Berbaju peplum #FA66D5
- Berkain #000000
- senyum nampak gigi.
- lain- lain ikutlah mana yang Mira rasa sesuai :)

Hehe, Sorry kalau demand sikit :3
Thanks Mira !


20 Mar 2013

0
suara rakyat

Wordless Wednesday #3


Lelaki adalah Qawama buat wanita.



Qawama. Pelindung. Protector. Our other half. Every lady's personal version of knight in shining armor. Verse 34 Surah An-Nisa. 

0
suara rakyat

Wordless Wednesday #2





“Hidup hanya ada erti pada yang bahagia.” 




Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling muslia di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.  
[al-Hujurat : 13]







0
suara rakyat

Wordless Wednesday #1




I wish tomorrow I happy like this 




" live well or hell, I will choose ... 
May Allah bless me....” 





2
suara rakyat

Qawama {Pelindung} Part4 |husnawrites|




"Assalamualaikum", sapa Dayana untuk jemaah kelas Zikir.

Haura masih berdiri di belakang pintu.
Meraup muka.
Debar dan gelisah.
Ahhh. Betulkan niat, Haura! Bisik hatinya.

"Cikgu, boleh saya berjumpa dengan Zikir Amsyar ?", Dayana memohon izin.
"Silakan", senyum Puan Aurora.

"Hah, ngape ?", soal Zikir.
"Nak minta tolong boleh ?", tanya Dayana. Kelihatan mulut Dayana bercerita kepada Zikir.
Bulat mata Zikir. "Hah? Errr insyaAllah. Aku panggil Hazzwan sekali".
Haura melangkah ke hujung balkoni, melihat persekitaran.
Sekilas pandang, melihat perbualan pendek Zikir dan Dayana.
Dua kilas pandang, Zikir telah keluar dari kelas, sambil mengemaskan tali lehernya dan membetulkan lengan bajunya.

"Haura okay ?", soal Zikir.
"Huh, Alhamdulillah, sedang okay..", getar suara Haura.
Zikir senyum. Memberi senyuman percuma. Terdengar jeritan histeria yang sukar dikawal di penjuru hati Haura.
Haura tunduk. Berlagak tenang.






"Allahu akbar, allahu akbar", laungan azan dari Zikir. Bergema satu Asrama Puteri.
Meditasi untuk Amira.
"Arghhh! Kau blah blah blahh!", jerit Amira. Bukan suara sebenarnya. 
"Hehehehe. Dah kenapa pulak suara macam tu..", kecil tawa Haura disebalik jari-jari yang menutup mulutnya.

Segenap sisi surau bergema azan dan jeritan Amira.
Satu histeria tanpa kawalan.
Guru-guru bertugas, warden, dan pengawal serta ibu bapa Amira mula memenuhi perkarangan surau. Muka risau semuanya.

"Haura, kau tak nampak apa-apa?", soal Alliessa.
Ya. Untuk kali ke sembilan tambah sepuluh juta, mereka tanyakan Haura soalan yang sama.
"Em, biasalah tuu...", jawab haura.
"Weh, Amira makin kritikal tu ! ", pintas Haura.

Di sisi sekujur tubuh Amira, Zikir Amsyar tidak berputus asa mengazankannya. Cikgu Hasleeda meraba skrin Samsung Galaxy Tabnya, menggodek sesuatu lantas menekan butang 'play' - Ayat Ruqyah.


Haura. Dalam riak wajah tenangnya, bibir merekah milik gadis itu membaca sesuatu, sesuatu yang pernah dia belajar mengenai terapi Islam, semuanya dari ayat Kitab Cinta Allah, Al-Quran.
Seluruh asrama kini meriah. Jeritan jembalang melawan ayat- ayat Allah.

Selepas beberapa minit berhempas pulas, Amira rebah di pangkuan ibunya. Mukanya nampak letih.
Zikir terus meraup mukanya yang berpeluh. Dia keluar terus mendapatkan Hazzwan dan Aizat lalu terus duduk di gazebo depan surau Asrama Puteri itu.
Haura mendapatkan Amira, cuba menenangkannya.

"kak Haura... Mira takut....", lemah suara Amira.
"Laa takhaf. Allah selalu dengan Mira.....", pujuk Haura.
"Kak Haura jaga diri eh...'dorang' kacau Mira.. dorang jahat.. ", nasihat Amira dalam nada suara yang amat gontai.
Haura diam. Dia dapat menangkap sesuatu dalam nasihat itu...
Ya. Dia perlu berhati- hati.
Perlu banyak dekatkan diri dengan Allah.
Perlu sedar bahawa kadangkala 'sixth sense' bukan satu perasaan yang boleh orang lain terima dengan senang, apatah lagi untuk dibanggakan.

"Kalau apa aku nampak adalah benar, ya Allah jagalah 
aku...", doa Haura di dalam hati.




*biiznillah, akan bersambung..



Relate on this :

Qawama {Pelindung} Part1 |husnawrites|
Qawama {Pelindung} Part2 |husnawrites|
Qawama {Pelindung} Part3 |husnawrites|